Anwar mengutuk sebat syariah pasangan lesbian
![]() |
Foto by sinar harian |
Bernama melaporkan dalam temu bual menerusi satelit dalam program berbahasa Inggeris, UpFront, terbitan Al Jazeera yang dijadual ke udara pada 3.30 pagi di saluran globalnya, Anwar berkata:
“Saya juga telah mengutuk hukuman sebat ke atas golongan lesbian yang dilaksanakan oleh PAS Terengganu.
“Saya fikir ini memang jelas tidak adil. Walaupun mereka menggunakan undang-undang syariah sebagai asas, kita tidak boleh mempertahankan tindakan sedemikian.”
Mengenai RUU355 yang dicadangkan PAS untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Kelantan, calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson itu berkata:
“Itu adalah interpretasi mereka yang diperkenalkan, dan kami menolaknya. Sekurang-kurangnya benarkan forum untuk membincangkannya.
“Ini bukannya hudud syariah, ini adalah tafsiran mereka sendiri atau beberapa aspek daripadanya. Oleh itu, kita perlu mengkaji semula keseluruhan isu tafsiran Syariah secara kabur dan sempit, yang kita tidak dapat merestuinya.
Sebelum ini, lapan mufti negeri menyatakan sokongan terhadap hukuman sebat itu dan menggesa masyarakat tidak mempertikaikannya.
ismaweb
Post a Comment