Header Ads

PH punca rakyat enggan bayar PTPTN

Pemimpin Umno menyifatkan kegagalan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar hutang berpunca daripada kerajaan sendiri.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peminjam PTPTN mungkin mahu menunggu janji kerajaan PH untuk menghapuskan hutang pinjaman itu.

“Mungkin kerana mereka terbawa-bawa dengan sentimen menagih janji kerajaan PH untuk menghapuskan hutang PTPTN mereka,” katanya di laman Twitter hari ini.

Status Asyraf itu merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang membidas sikap tidak jujur peminjam PTPTN yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang terkumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion.

Perdana Menteri berkata, beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu.

sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.