Header Ads

Rakyat mula rasa kesal undi PH pada PRU14

Bekas Exco Kerajaan Selangor, Dr Ahmad Yunus memberitahu bahawa rakyat kini sudah mula menunjukkan rasa kesal memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, pengundi sudah cukup faham apa yang berlaku hari ini dan rakyat lebih fokus membawa mesej untuk memberi kesedaran kepada kerajaan baharu yang mana banyak janji-janji tidak ditunaikan.

Jelasnya, mesej ini bukan sahaja untuk Kerajaan Negeri Selangor tetapi juga untuk kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

Beliau yang juga timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor turut memberitahu, kes penahanan reman ke atas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak akan mempengaruhi pengundi Seri Setia terhadap parti itu.

Katanya, beliau menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan secara telus dan adil.

“Saya kira dengan kebijaksanaan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dapat memberi keputusan yang terbaik.

“PAS sentiasa menekankan dan mengambil berat terhadap integriti,” katanya kepada Harakahdaily semasa ditemui pada majlis ceramah sempen kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia, pada Selasa.
Dikuasakan oleh Blogger.