Header Ads

Terengganu dinobat juara Sukma 2018

Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, malam tadi.

Dengan pungutan 56 pingat emas, 49 (perak) dan 52 gangsa pada Sukma kali ini dilihat sudah memadai menobatkan kontinjen ‘Terengganu Nelang’ itu selaku juara edisi ke-19, temasya dwi tahunan berkenaan.

Kejayaan Terengganu selaku juara keseluruhan Sukma kali ini tambah manis apabila atlet olahraganya, Azreen Nabila Alias menyertai Sukma buat kali ketiga setelah edisi 2014 di Terengganu dan Sarawak (2016) telah dinobatkan selaku Ratu Pecut Sukma Perak 2018 setelah muncul juara bagi acara 100 meter dengan catatan rekod baharu 11.81 saat.

Catatan berkenaan sekali gus telah memadamkan rekod 11.82 saat milik atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad yang dicipta pada temasya Sukma Terengganu 2008 lalu.

Azreen Nabila turut muncul juara 200 meter wanita dengan catatan 24.76 saat selain membantu kuartet Terengganu meraih emas bagi acara 4 x 100 wanita.

Atlet memanah Sabah, Eugenius Lo Foh Soon, 17 serta atlet olahraga, Azreen Nabila Alias, 19, dinobatkan selaku atlet lelaki dan wanita terbaik temasya pada Majlis Perasmian Penutup Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 malam tadi.

sumber sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.