Header Ads

Sepatutnya Husam menjadi yang terawal ke pejabat SPRM

Kenapa orang yang menuduh masih lagi teragak-agak untuk ke SPRM sedangkan mendakwa dah punyai bukti yang cukup termasuk nama bank yang terlibat.

Menurut Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi, sepatutnya Husam menjadi orang yang paling awal ke SPRM kerana pemimpin PAN itu antara yang terawal membongkar (menabur fitnah).

"Sepatutnya Husam yang paling awal pergi kerana Husam di antara paling awal yang membongkar perkara berkaitan PAS terima RM 90 juta dari UMNO", kata Muhammad Khalil dalam Facebooknya.

Sebaliknya berlaku, PAS yang difitnah tetapi menjadi yang terawal secara sukarela ke pejabat SPRM untuk memberi kerjasama dalam siasatan kesahihan fitnah dari pemimpin PAN itu.

"YB Ustaz Nik Muhammad Abduh dan Ustaz Nasharudin Mat Isa telah memberi kenyataan kepada SPRM. Husam dan Ambiga bila lagi?", tegas YB Adun Batu Buruk itu.

"Takkan baru berkira-kira cari dokumen setelah bertahun menuduh atau cakap sahaja tanpa apa-apa bukti.

"Jangan lupa salinan akaun Affin Bank PAS berserta bukti transaksi, semua orang tertunggu bukti unggul Husam.

"Jangan photostat buku akaun sendiri pula. Nanti yang lain pula terlondeh", sinis Muhammad Khalil kepada kaki fitnah.
Dikuasakan oleh Blogger.