Header Ads

Jawi kekal dalam sukatan Bahasa Melayu

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Jemaah Menteri memutuskan Pelajaran Jawi dalam sukatan buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil adalah diteruskan.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata keputusan Jemaah Menteri sebelum ini berkenaan tiga muka surat pengenalan Jawi itu dikekalkan, jawab beliau dalam parlimen.

Menurut Radzi juga, Jemaah Menteri turut memutuskan agar pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid, katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang).
Dikuasakan oleh Blogger.