Header Ads

PKR bakal rebah

Menunggu untuk rebah ke bumi. Itulah satu ungkapan tepat bagi sebuah parti yang suatu ketika dulu begitu gah dengan laungan reformasi. Namun kini ianya sepi bahkan lebih teruk, menunggu masa untuk tersungkur selepas semakin ramai pemimpin dan pengikut keluar parti kerana mendakwa parti yang ditubuh kerana memperjuangkan kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim yang disingkir oleh 'musuh tradisi" beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 itu sudah terpesong dari landasan perjuangan asal.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, bahtera PKR yang hebat satu ketika dulu kini sendeng kerana bocor dan menanti waktu untuk karam. Laungan keramat ‘Reformasi’ sepi dalam kegawatan yang tidak menentu.

Di Selangor Timbalan Speaker dan seorang ahli EXCO turut keluar PKR selain ratusan penyokong dan ahli mereka.

Sejak berlaku peralihan kuasa di Putrajaya selain Johor, Melaka, Perak dan Kedah ramai mula membuka mata dan beralih angin setelah sedar bahawa perjuangan parti ini sudah sia-sia kerana tumpuan lebih kepada perjuangan dan agenda peribadi.

Khabarnya ramai lagi di Selangor yang pro Datuk Seri Azmin sedang turut menanti masa. Mungkinkah Selangor giliran seterusnya untuk rebah?

Selain PKR dua orang ADUN PAN juga sedang menimbang langkah yang sama. Saat kehancuran PH yang selama ini didominasi DAP ternyata semakin pasti.

Jika masing-masing ikhlas mahu berjuang untuk rakyat dan sedar bahawa wadah yang ada sudah lari dan tersasar dari matlamat asal maka jadilah ahli dan pemimpin yang bijak. Di luar sini tersusun wadah dukungan rakyat yang disenangi dan sedang menempa pelbagai kejayaan.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Dari Sg Ramal ke Paya Jaras dari Tg Sepat ke Sabak dari Bukit Lanjan ke Bukit Melawati dari Sg Tua ke Seri Setia, rakyat Selangor di setiap bucu menunggu-nunggu perubahan.
Dikuasakan oleh Blogger.