Header Ads

PRU15: Hanya seorang calon PM

Sebagai menzahirkan dukungan serta permuafakatan politik, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipersetujui sebagai calon tunggal sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

PAS menzahirkan kepercayaan dan sokongan kepada Presiden Bersatu itu sebagai calon Perdana Menteri Malaysia bagi menghadapi PRU ke-15.

Menurut Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, tujuan PAS menzahirkan dukungan kepada kepimpinan Muhyiddin Yassin serta permuafakatan politik Perikatan Nasional (PN) adalah demi kesejahteraan negara dan rakyat.

Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di laman Facebook Rasmi beliau tengah hari tadi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, melalui hantaran Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyatakan bahawa ketua-ketua parti dari PN menzahirkan sokongan terhadap beliau dan bermuafakat demi memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Dalam foto yang dikongsi kedua-dua tokoh politik itu, pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Dato’ Seri Wee Ka Siong, (MIC) Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee, (PBB) Dato’ Patinggi Dr Abang Abdul RahmanZohari, dan beberapa pimpinan parti lain termasuk Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Dikuasakan oleh Blogger.