Header Ads

"Tin Milo" solidariti Guan Eng terkumpul RM2.9 juta

Sumbangan bagi membantu ikat jamin Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berhubung kes rasuah kini berjumlah RM2.9 juta. 

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan, hari ini. Syahredzan berkata, perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua. 

 “Pua baru sahaja mengesahkan setakat 12 tengahari hari ini, sumbangan ‘RM10 Solidariti Untuk Lim Guan Eng’ berjumlah RM2.9 juta. 

 “Terima kasih Malaysia,” katanya di Twitter. 

 Minggu lalu, Pua menjelaskan sumbangan akan digunakan sebagai wang ikat jamin sepanjang kes pendakwaan Guan Eng pada minggu ini dan minggu lalu. 

 Jelasnya, dana yang tidak digunakan dari sumbangan itu akan disalurkan terus kepada tabung pilihan raya umum akan datang. 

 Hari ini, Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah. Guan Eng mengaku tidak bersalah menerima suapan wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd. 

 #Sumber : https://www.projekmm.com
Dikuasakan oleh Blogger.