Header Ads

Wakil rakyat kantoi tonton gambar lucah dalam parlimen


Seorang ahli parlimen Thailand, Ronnathep Anuwat, tertangkap oleh kamera wartawan ketika melihat gambar lucah di telefon bimbitnya ketika sidang parlimen pada hari Rabu, 16 September 2020.


Seperti yang dilaporkan bangkokpost.com, Jumaat (18/9/2020). Ahli parlimen Cross Pracharath untuk Chon Buri mengatakan bahawa dia menerima mesej melalui telefon bimbitnya ketika itu dan membukanya tanpa menyedari ia adalah gambar wanita tanpa pakaian.


Beliau memberitahu mendapat mesej pertama yang mengandungi gambar lucah itu pada mulanya adalah mesej permintaan wang untuk membeli makanan. Namun gambar lucah itu muncul tiba-tiba dan beliau mengaku segera menghapus mesej dan gambar berkenaan.


Media melaporkan kontroversi memalukan itu akan mempengaruhi kerjaya politik Ronnathep dan akan hilang kepercayaan orang ramai. Namun wakil rakyat itu menegaskan perkara itu tidak benar, sambil menambahkan bahawa dia telah "diperangkap".


Ronnathep menyatakan bahawa beliau telah menjadi sasaran musuh politiknya yang bertujuan untuk mencemarkan imejnya.


"Saya mempunyai musuh politik dan saya percaya salah satu daripadanya bertanggung jawab atas perangkap ini."

Dikuasakan oleh Blogger.