Header Ads

Eriksen akan dipasang alat bantu jantung


Pemain Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika perlawanan Kumpulan B EURO 2020 menentang Finland pada Sabtu lepas kini dilaporkan akan dipasang alat bantu jantung, lapor berita sukan luar negara.

Doktor pasukan Denmark Morten Boesen mengesahkan jantung Eriksen, 29 tahun, akan dilengkapi dengan alat Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) bagi membantu mengatasi detak jantung yang gagal berfungsi dengan baik.

Pemain tengah Denmark itu pernah mengalami serangan jantung semasa Euro 2020, kata doktor pasukan Denmark, Morten Boesen.
Dikuasakan oleh Blogger.