TRENDING NOW

Malaysian view the alternative and latest breaking news for Malaysia, world, politics, sport, automotive and tech gadgets at TheMalaysianView.com
Saat golongan intelektual selesa dengan kehidupan mereka dalam dekad 1970an, beliau telah pun menjadi Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Maestro dakwah ini membangunkan jamaah semenjak zaman mudanya, walaupun menjadi tenaga pensyarah di kampus Bangi yang saat itu masih berhutan tebal. Beliau membangunkan jamaah saat, sebahagian besar kelompok kelas menengah masih meragui keupayaan Parti Islam mengurus dan mentadbir negara.

Tokoh sarjana muslim ini bukan sahaja mencanai intelektualnya dengan puluhan buku dan ratusan kerta kerja di menara gading,namun menyumbang kepakarannya untuk masyarakat umum negara ini.

Namanya mengharum dalam perubatan Islam, bukan sekadar beliau mengubati masyarakat yang sakit daripada sudut akidah tetapi melahirkan jumlah yang besar pengamal perubatan Islam dengan tertubuhnya Darul Shifa' di Bangi. Darul Shifa' juga mempunyai jaringannya diseluruh negara, berbakti pada masyarakat.

Minat murabbi ini kepada pendidikan Islam tak mampu diremehkan, kerana usaha jihad ta'lim telah berakar dalam jiwanya. Beliau menjadi banyak penasihat kepada institusi pendidikan dan dakwah, antaranya Pusat Dakwah Serantau yang banyak melahirkan para daie dan menebarkan dakwah di kawasan pedalaman.

Tuan Guru juga dalam keadaan uzur, masih lagi berulang ke Perlis, negeri kelahirannya untuk menyampaikan kuliah, antaranya di MATIN. Jiwanya segar apabila menyampaikan ilmu kerana itulah cinta dan citranya dalam kehidupan.

Memberikan ilmu seolah therapi baginya dan tak banyak memberi alasan bila diajak menyumbangkan ilmu kepada masyarakat. Jika beliau tak hadir dalam majlis ilmu yang dirancangkan, bermakna beliau sakit yang tenat atau dalam pemerhatian doktor.

Dr Haron Din antara tokoh PAS yang dibenci oleh kelompok politikus liberal pragmatis kerana ketegasan beliau mempertahankan prinsip perjuangan Islam. Beliau dicaci dan dinista, namun ini tidak menjadi kudis buta kepada semangat beliau untuk membahterai perjuangan Islam ini.

Sebagai Mursyidul Am, beliau mengambil tindakan bersama Majlis Syura dalam menentukan PAS tidak menjadi perkakas politik kepada musuh Islam untuk memanipulasi kekuatan jentera PAS. Memutuskan hubungan dengan rakan pemuafakatan politik yang tidak menghormati prinsip Islam mungkin pahit kepada pemimpi Putrajaya,namun itulah rakaman sejarah yang berlaku semasa Dr Haron memimpin Majlis Syura Ulama.

Sikap pemurah beliau diketahui umum, membantu pembinaan kompleks tarbiah, sekolah agama, masjid serta pelbagai institusi Islam di negara ini. Masyarakat umum menghormatinya melepasi garisan sempadan politik kepartian, beliau dianggap milik ummat Islam. Kitab tulisannya bertebaran dan digunakan sebagai teks pengajian, termasuk oleh PDRM.

Penulis teringatkan sosok maestro dakwah ini dalam mengobarkan api semangat, beliau hadir ke daerah Besut dalam bulan Mac tahun ini untuk merasmikan kompleks Dakwah Malaysia ( KODIM) yang diusahakan oleh Ustaz Dato Nik Zawawi. Murabbi ini berucap lebih sejam diatas mimbar masjid, guratan wajahnya gembira serta energinya kelihatan seperti masih muda.

Beliau juga merasmikan majlis pecah tanah kompleks Pendidikan an Nur Besut yang penulis usahakan, dalam keadaan agak penat beliau tidak menghampakan. Mendoakan supaya diberkati segala usaha mengajak manusia untuk hidup bertuhan serta dimudahkan segala gerakerja membina mercutanda pendidikan di daerah agrarian itu.

Hari ini kita kehilangan murabbi ummah dengan segunung kebaktian di medan amal Islami. Negara kita bersedih kerana almarhum adalah milik semua orang, menyantuni orang susah, merawat yang sakit, mencerdaskan akal ummat.

Terbayang senyuman manis dan doanya yang lirih serta taujihatnya yang menunjal-nunjal lubuk hati dan akal kita. Bersemadilah wahai sang murabbi, kami semua menjadi saksi akan kebaktianmu, kebaikanmu, juga dedikasimu di jalan juang ini.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor
Malaysian view the alternative and latest breaking news for Malaysia, world, politics, sport, automotive and tech gadgets at TheMalaysianView.com
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT:

“Dan Kami tidak mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui” - Surah Saba’: ayat 28

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi untuk tahun ke 59 pada tahun ini. Sambutan kemerdekaan kali ini disambut dengan pelbagai rencah warna suka duka yang melanda negara kita dan dunia keseluruhannya.

Negara kita telah melalui tempoh penjajahan yang panjang selama hampir 450 tahun dibawah pelbagai kuasa penjajah sehingga terbentuknya Malaysia pada 1963. Sepanjang tempoh ini telah menyaksikan kebangkitan pelbagai golongan rakyat menentang penjajah terutamanya ulamak.

Perjuangan tokoh-tokoh ulamak hebat mewarnai perjuangan seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Dr Zulkifli Mohamad dan ramai lagi. Marilah kita bugarkan kembali semangat perjuangan mereka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam yang menyelamatkan.

59 tahun adalah satu tempoh kemerdekaan yang panjang dan cukup untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan disegani. Namun realitinya hari ini, negara dihambat dengan pelbagai masalah yang mencengkam rakyat seperti kos sara hidup yang membebankan, ekonomi yang lemah, keselamatan, perpaduan kaum yang semakin rapuh dan berbagai masalah lain.

Maka di kesempatan ini PAS ingin menawarkan penyelesaian Islam yang telah terbukti memberikan keadilan dan keamanan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di sepanjang sejarah Tamadun Islam yang memerintah sebahagian besar dunia selama ribuan tahun.

Sempena sambutan kemerdekaan negara kali ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama PAS dan keadilan Islam di atas semangat ukhuwwah ke arah membina Malaysia yang lebih baik dengan petunjuk dari Allah Tuhan sekalian alam.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS
27 Zulkaedah 1437H / 30 Ogos 2016M

Malaysian view the alternative and latest breaking news for Malaysia, world, politics, sport, automotive and tech gadgets at TheMalaysianView.com
Isu hak negeri Terengganu sebagai pengeluar petroleum sudah kita bangkitkan berkali kali secara konsisten bertahun tahun.

Soalnya rakyat Terengganu dan pemimpinnya punya ketegasan pendirian atau tidak di atas prinsip ini?

Atau masih punya penyakit inferiority complex atau rendah diri yang kronik.

Bangsa yg berjaya mereka perjuang hak mereka dan mencari cari jalan dan alasan untuk melakukkannya.

Bukannya berdolak dalih dan mencari helah untuk berlepas diri darinya. Mementingkan kepentingan peribadi mengatasi rakyat dan negeri.

Singapura pernah dilihat tidak punya peluang langsung dari segi hujahan dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih. Kerajaan Malaysia pamerkan kepada rakyat ketika itu kononnya tuntutan Singapura tidak berasas.

Sekarang setelah keputusan mahkamah, apa standard dakwaan Malaysia kononnya kes kita kuat sangat? Bukan setakat mereka dapat pulau batu 'dua butir' itu. Ia datang
bersekali wilayah maritim dan Zon Ekonomi Eksklusif yang beratus batu nautika keluasannya.

Dalam kes saman Royalti Terengganu yg ditarik balik oleh pimpinan UMNO konon yg penting dapat 'pitih' . Tak kira lah namanya ehsan, dana khas pun (yang implikasinya sangat besar!). Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas yg mengetuai pasukan peguam yg mewakili Terengganu telah berucap ditempat awam mendedahkan saman itu telah berpihak kpd Terengganu di pusingan pertama hingga kerajaan Msia melambatkan proses selanjutnya yg dipercayai ada pujuk memujuk, lobi memperdaya yg tiba2 perlantikan Ahmad Said sbg MB baru dan penarikan tiba tiba saman royalti.

Ada beza antara royalti dan ehsan. Seperti mana ada bezanya peminta sedekah dengan rakan kongsi yang mempunyai hak. Begitulah bezanya konotasi antara 'merayu' dengan 'menuntut'.

Akhir akhir ini DS Ahmad Said sendiri mendedahkan Terengganu diperdaya oleh UMNO pusat.

Sampai bila Terengganu mahu terus jadi lebai malang?

Di ambang sambutan merdeka kita masih belum merdeka minda, berjiwa hamba.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
30HB OGOS 2016