Header Ads

Lagi tamparan hebat buat Harussani dan Pemuda Umno

Ditempelak lagi

Buat kali kedua Harussani dan Pemuda Umno diberi tamparan hebat dalam isu perarakan Maulidur Rasul. Kedua-dua pihak itu dilihat cuba mempertikaikan yang kononnya kerajaan Pulau Pinang telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul yang sentiasa diamalkan sebelum ini.

Sebelum ini, kenyataan mempertikaian cadangan beberapa pihak di Pulau Pinang itu telah terjawab Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz dan Presiden PAS, TG Hj Abd. Hadi dalam berita beberapa hari lepas.
Tamparan daripada Ulamak PAS

TG Nik Aziz menyatakan Kelantan tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Manakala TG Abd. Hadi pula menyatakan adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.
Tamparan daripada kerajaan pimpinan Umno pula

Hari ini pula, laporan daripada Malaysia Kini mengulas, Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Ketiga-tiga negeri itu dibawah pentadbiran kerajaan BN. Ia menunjukkan talam dua muka Pemuda Umno selama ini yang membantah kerajaan Pulau Pinang kononnya ingin memadamkan syiar Islam itu.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Bukan tahun ini sahaja, bahkan sudah lama kerajaan Pahang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul itu. Akhirnya tembelang yang sengaja dicipta Pemuda Umno pecah juga.

Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran.

Nah, apa kamu hendak kata wahai pemuda-pemuda Umno?Bila hendak berdemo di Pahang, Johor dan Perlis?

Adakah anda semua sudah bacul atau sudah hilang taringnya?Jangan anda menjadi talam dua muka yang hanya mempersoalkan cadangan kerajaan Pulau Pinang tetapi bagaimana Pahang, Johor dan Perlis?

Kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani pula, bila mahu mempersoalkan tindakan ketiga-tiga kerajaan negeri itu (seperti Tan Sri mempertikaikan sure heboh tempohari).

Kita tunggu kenyataan kedua-dua pihak yang lantang mempertahankan perarakan Maulidur Rasul itu walaupun golongan yang mereka pertahankan itu tidak mengikut jejak langkah Rasulullah.
Dikuasakan oleh Blogger.