Header Ads

Penduduk Kg Tuarid bosan dengan BN yang mungkir janji dan abaikan janji 14 tahun dulu

Sudah lebih 50 tahun kita merdeka. Walaupun kerajaan berubah tangan tapi dari parti yang sama. Maka agendanya pun tak lari jauh. Tapi, mana prestasi kemajuan atau kehebatan Malaysia yang diwar-warkan? Dengan kata lain, apakah KPI yang dilaung-laungkan kerajaan 1Malaysia bertepatan dengan angka 50 tahun memerintah negara?

Tanya kepada Ibrahim Ali, di manakah kedudukan Melayu sekarang ini selepas lebih 50 tahun merdeka dan selama itu juga berada di bawah kerajaan BN? Apakah rakyat rakyat miskin berkurangan atau semakin hari rakyat ditindas dan angka kemiskinan tidak berubah.

Bukan 14 tahun menyesal di bawah pentadbiran BN, bahkan sudah lebih 50 tahun peluang diberikan kepada BN untuk memakmurkan hasil mahsul negara. Yang kaya-raya hanya beberapa kerat Melayu yang ada hubung kait dengan pemimpin negara (kroni).

Menurut laporan sabahkini, penduduk Kg Tuarid Liawan, Keningau sudah bosan menunggu janji kerajaan untuk memindahkan mereka ke kawasan lebih tinggi iaitu berhampiran dengan kawasan Airport di mana janji janji itu tidak pernah ditunaikan sehingga sekarang; menjadikan penduduk di situ sukar melelapkan mata setiap malam untuk tidur apabila hujan lebat diiringi guruh di langit kerana takut ribut akan melanda lagi.

Mereka terus dalam keadaan ‘trauma’ dan trauma terus menebal selepas dilanda malapetaka berdarah ribut Greg yang turut mengorbankan ribuan mangsa pada 26 Disember 1996 masih segar dalam ingatan mereka meskipun ia sudah berlalu kira kira 14 tahun lalu, tetapi peristiwa itu terus menjadi igawan mereka setiap malam.

Namun kerajaan BN tidak sedikit pun mendongak muka pemimpin mereka ke langit mengimbau peristiwa hitam itu dan bertanya dalam hati Nurani mereka bahawa haruskah penduduk Tuarid Liawan dipindah ke tanah tinggi untuk melenyapkan bayangan maut yang mendepani mereka setiap hari dan masa.

Seorang pemimpin DAP Pedalaman, Paul Kadau yang mengiringi lawatan ‘Turun Padang’ Penasihat DAP Kebangsaan yang juga MP Ipoh Timur Lim Kit Siang bagi merungkai keperitan hidup penduduk di situ yang bukan sahaja terlalu terhina diberi layanan kelas kambing kerana rumah PPRT yang serba tidak lengkap.

(Gambar kiri: Paul Kadau berbincang sesuatu dengan Lim Kit Siang ketika lawatan ke Sabah)

Malahan penduduk yang diberi PPRT terpaksa menahan perasaan kerana rumah yang tidak punya bekalan elektrik, bilik tidur yang tiada pintu dan sanitari yang kurang kesempurnaannya; sama tarafnya dengan setinggan haram yang biasa terdapat di pinggir-pinggir kota.

“Mereka ini adalah penduduk tempatan keturunan masyarakat KDM, mengapakah mereka dilayan sebegini rupa. Kg Tuarid Liawan yang penduduknya 99 peratus adalah keturunan KDM, jadi kenapa kerajaan pinggirkan mereka dari mendapat bantuan pembangunan kelas pertama. Mana sudah slogan PM rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?” tegas Paul Kadau kepada wartawan sabahkini.net pada Jumaat.

Menyedihkan lagi kata Paul, penduduk di situ yang boleh diibaratkan Paul sebagai ‘kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu ada’ tidak pernah dilawati sesiapa sahaja wakil rakyat BN kecuali semasa kempen pilihanraya.

Manakala bantuan bantuan kerajaan seperti bantuan elaun wargaemas sebanyak RM300 seorang hanya diberi kepada mereka yang menyokong BN sahaja.

“Kalau ada lagi pemimpin BN yang mengatakan cerita ini hanya sandiwara politik pembangkang khususnya DAP, mereka boleh datang ke sini, di Kg Tuarid Liawan, Taman Kota atau bertanya sesiapa sahaja penduduk asal Keningau bahawa apakah cerita ini ada kebenarannya,” tegas Paul.

Apa yang berlaku di sini khususnya masyarakat KDM sebagai suatu refleksi kepada kenyataan Naib Presiden PBS, Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Ketua Penerangan PBS Datuk Johnny Mositun bahawa kononnya masyarakat KDM sudah senang dan tahap penghidupan masyarakat itu meningkat ketika berada dalam pemerintahan BN.

“Nampaknya kedua-dua pemimpin KDM itu tidak turun padang melihat secara keseluruhan sebelum membuat sebarang komen. Mungkin komen mereka berdasarkan sekerat dua kawasan KDM yang sudah berada di tahap maju tetapi tidak pada keseluruhan,” kata Paul lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.