Header Ads

Tiket ke Terengganu dan Langkawi dapat permintaan tinggi

Gambar hiasan - motoqar

Dilaporkan sinar harian, tiket pengangkutan awam ke pantai timur, utara mendapat permintaan luar jangka berikutan kebenaran rentas negeri oleh kerajaan bermula Isnin (11 Oktober 2021).

Perkara berkenaan dimaklumkan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif Sani United Bhd, Md Yusri Che Romli.

“Pembelian tiket di Klang Sentral meningkat dan saya percaya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pun sama.

“Permintaan bas ini sudah penuh untuk ke utara dan pantai timur terutama destinasi pusat peranginan,” kata Md Yusri kepada Sinar semalam.

Katanya, pusat peranginan seperti Langkawi dan Terengganu turut mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.
Dikuasakan oleh Blogger.